MANILA, 19 Nov – Tentera Udara Filipina (PAF) mula mengoperasikan helikopter Bell AH-1S Cobra.
Upacara penerimaan dan pengoperasian AH-1S pertama telah disempurnakan di Pangkalan Udara Major Danilo Atienza, Cavite City, semalam.
Helikopter tersebut merupakan salah satu daripada 2 buah AH-1 Cobra yang didermakan oleh Jordan kepada Filipina pada tahun 2018.
AH-1S dioperasikan oleh 15th Strike Wing PAF. Upacara penerimaan disaksikan oleh Komander 15th Strike Wing, Brigedier Jeneral Aristotle Gonzales.
“Helikopter ini akan melengkapkan peranan MD-520MG dari 20th Attack Squadron. Kita berharap kehadiran AH-1S dapat mempertingkatkan tahap sokongan udara kepada pasukan tentera,” kata Gonzales.
AH-1 merupakan helikopter tempur ringan yang dihasilkan oleh syarikat Bell Helicopter (kini Bell Textron). – airtimes.my