913
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menamakan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya parti gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PN pada Khamis.
“Keputusan pimpinan PN bersetuju menamakan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri PN,” katanya.
Calon Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara itu akan berdepan dengan pertembungan 3 penjuru melawan Ab Rauf Yusoh dari Barisan Nasional (BN) dan Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Tanjung Bidara merupakan ahli Parlimen Masjid Tanah selama 2 penggal.-airtimes.my