1.4K
BUTTERWORTH, 16 Nov – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah jet pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth. Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 10.07 malam.
“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini
“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih,” kata kenyataan itu. – airtimes.my