Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kanak-kanak lelaki antara 16 PATI Indonesia diusir ceroboh masuk Sarawak

Kanak-kanak lelaki antara 16 PATI Indonesia diusir ceroboh masuk Sarawak

by Nurulhuda

LUNDU, 14 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menahan dan mengusir 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia termasuk seorang kanan-kanak lelaki yang cuba menceroboh masuk ke Sarawak secara haram, semalam.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berkata, penahanan dan pengusiran tersebut telah dibuat di lokasi yang sama di kawasan ladang kelapa sawit sekitar Biawak pada jam 3.30 petang.

“Kurang 48 jam daripada kejadian pengusiran yang berlaku pada Khamis, satu lagi kejadian pengusiran di kawasan ladang kelapa sawit sekitar Biawak, berlaku pada Sabtu, 13 November 2021,

“Sepasukan anggota yang sedang melaksanakan rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) telah mengesan seramai 16 individu berjalan kaki memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia,

“Setelah ditahan dan disoal siasat, kesemua 16 individu terdiri daripada 11 lelaki dan 4 wanita yang berusia di antara 19 hingga 45 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun merupakan PATI kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kesemua mereka menyatakan tujuan masuk adalah untuk mencari pekerjaan di Sarawak.

“Kesemua PATI diusir dan laporan Polis dibuat di Balai Polis Lundu untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

Pihak 1 Div menjelaskan, kejayaan ini membuktikan bahawa anggota-anggota yang bertugas di persempadanan Sarawak-Kalimantan Barat terus kekal siaga dan komited mengawal keselamatan negara.

“TDM akan sentiasa memastikan kedaulatan negara terus terpelihara terutama dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan PATI mahupun sebarang bentuk jenayah rentas sempadan berlaku yang berisiko menyumbang kepada penularan wabak COVID-19,” jelas kenyataan itu. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!