Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Sidang ACAMM ke-22, medan perkukuh hubungan pelbagai hala Tentera Darat negara Asean

Sidang ACAMM ke-22, medan perkukuh hubungan pelbagai hala Tentera Darat negara Asean

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Hubungan pelbagai hala Tentera Darat Negara ASEAN diperkukuhkan dengan penganjuran 22nd ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting (ACAMM) 2021 pada Jumaat.

Tentera Darat Malaysia (TDM) berkata, ACAMM 2021 yang dilangsungkan secara maya dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Mohammad Ab Rahman mewakili Panglima Tentera Darat (PTD) di Pusat Operasi Tentera Darat, Markas Tentera Darat.

Menurutnya, ACAMM bagi tahun 2021 dipengerusikan oleh PTD Myanmar, Vice Senior General Soe Win dengan bertemakan ‘The Role of ASEAN Armies in the Process of Rehabilitation after the COVID-19 Pandemic’.

Di dalam forum ini, Mohammad telah berkongsi pengalaman berkenaan usaha-usaha mengekang penularan wabak COVID-19 berdasarkan gerakerja di peringkat kebangsaan, peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan peringkat Tentera Darat Malaysia (TDM).

ACAMM 2021 yang dilangsungkan secara maya dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Mohammad Ab Rahman mewakili Panglima Tentera Darat (PTD) di Pusat Operasi Tentera Darat, Markas Tentera Darat

“Antara penglibatan TDM yang diberikan penekanan adalah berkaitan penugasan bersama pelbagai agensi yang lain menerusi pelaksanaan Operasi Benteng dan Operasi Penawar,

“TDM telah melaksanakan usaha membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menggerakkan aset-aset Hospital Medan ATM ke seluruh negara dan usaha TDM dalam pewujudan Greater Klang Valley Task Force (GKV TF) serta Disaster Management Zone (DMZ),

“Seterusnya, TDM juga telah mengaturgerakkan Combat Medic Vaccination Team (CMVT) ke kawasan pedalaman Malaysia dalam usaha mendukung aspirasi kerajaan Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok melalui pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” jelas TDM.

Di akhir persidangan, TPTD turut merakamkan penghargaan kepada PTD Myanmar di atas penganjuran ACAMM 2021 ini.

“Sesungguhnya, penglibatan TDM di dalam persidangan sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pengukuhan Hubungan Pertahanan yang memberikan penekanan kepada kerjasama serantau dan antarabangsa,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!