[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=KxsCgU3jBQU[/embedyt]
MELAKA, 8 Nov – Pilihan Raya Kecil (PRK) Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, bakal menyaksikan pertandingan 5 penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN); Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan Bebas.
PH diwakili oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin yang juga merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.
Shamsul Iskandar akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Rais Yasin, Muhammad Faris Izwan Mazlan (PN); Mohamad Hashidi Mohd Zin (Putra) dan Mejar Mohd Jaini Dimon (Bersara) dari Bebas.
Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Paya Rumput, Idi Fazlul Zainuddin berkata, borang pencalonan pertama dikemuka Shamsul Iskandar dari PH pada 9.00 pagi tadi.
Ia diikuti calon PUTRA pada 9.02 pagi, calon BN 9.04 pagi, PN jam 9.05 pagi dan 9.07 pagi.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pengesahan pencalonan bagi DUN Paya Rumput di Dewan Ballroom Stadium Hang Jebat, hari ini.
Suasana pusat penamaan calon kelihatan tenang dan terkawal tanpa kehadiran penyokong atau berarak.-airtimes.my
Gambar galeri: