TAWAU, 8 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas sejumlah rokok yang dipercayai telah diseludup masuk ke Malaysia di Tawau, kelmarin.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Ridzauddin Selamat berkata, semasa intipan dilakukan di sungai kampung tersebut mendapati beberapa orang lelaki mencurigakan berada di kawasan tersebut.
“Mereka bergegas meninggalkan kawasan dan menghilangkan diri setelah menyedari kehadiran Polis,
“Hasil pemeriksaan kotak yang ditinggalkan mendapati didalamnya berisi tembakau dan juga rokok putih,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM W4, semalam.
Beliau berkata, kesemua rokok tersebut dirampas dan di bawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.
“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM19,065.60,
“Kes diserahkan kepada Kastam Tawau untuk disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” ujarnya. – airtimes.my