Home Semasa MySejahtera mohon maaf, salah beri status HSO, PUS

MySejahtera mohon maaf, salah beri status HSO, PUS

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Nov  – Aplikasi MySejahtera memohon maaf atas kesilapan teknikal melibatkan pemberian status Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) serta Individu dalam pemantauan (PUS) kepada beberapa individu secara rawak.

MySejahtera melalui hantaran di Twitternya berkata, pihaknya sudah mengenal pasti punca perkara itu berlaku dan status HSO telah dipadamkan manakala status PUS yang salah telah dibetulkan semula.

Tangkap layar permohonan maaf aplikasi MySejahtera

“Selamat pagi semua, kami memohon maaf atas kesilapan kami yang membenarkan pengguna rawak diberikan status HSO/PUS,

“Kami telah kenal pasti punca yang membuatkan perkara ini berlaku. Semua HSO yang salah telah dipadamkan dan status PUS yang salah dibetulkan semula,” kata ciapan itu. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!