Home SemasaGlobal Kuwait terima pampasan penaklukan Iraq sebanyak US$490 juta

Kuwait terima pampasan penaklukan Iraq sebanyak US$490 juta

by M.Daim

WASHINGTON, 3 Nov – Suruhanjaya Pampasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Compensation Commission, UNCC) telah membayar sebanyak US$490 juta kepada kerajaan Kuwait.

Menurut UNCC dalam satu kenyataan, bayaran telah dilakukan pada 26 Oktober lalu.

“Sehingga hari ini, sebanyak US$51.8 bilion telah dibayar kepada penerima pampasan yang terkesan dari penaklukan dan penjajahan Iraq ke atas Kuwait pada 2 Ogos 1990 hingga 2 Mac 1991,” katanya.

Menurut perincian oleh UNCC, sebanyak 2.6 juta tuntutan dikemukakan kepada pihaknya dengan jumlah nilai lebih US$352 bilion. Sebanyak 14.86 peratus tuntutan tersebut telah dibayar oleh kerajaan Iraq.

“Pampasan diterima melalui mekanisme pembayaran 3 peratus daripada eksport minyak dan produk petroleum Iraq,

“Kadar 3 peratus ditetapkan pada tahun 2020 oleh Majlis Keselamatan PBB,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!