1.6K
KUALA NERANG, 3 Nov – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya merampas daun ketum bernilai RM10,710 di sempadan Malaysia-Thailand, semalam.
Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) dalam hantaran di media sosial berkata, rondaan trup Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah Operasi Benteng (Op Benteng) Zon Utara turut merampas 2 buah motosikal.
“Kesemua barang rampasan cuba diseludup ke negara Thailand melalui laluan yang tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand,
“Hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. -airtimes.my