Home Politik Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing meninggal dunia

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing meninggal dunia

by Nurulhuda

Kuching, 31 Okt – Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, 72, meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Ia disahkan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Janang Bungsu yang memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi.

Mendiang yang juga Presiden PRS telah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 28 September lalu sebelum ditidurkan apabila komplikasi semakin teruk.

Selepas kesihatannya merosot, beliau dipindahkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah untuk rawatan lanjut.

Mayat mendiang dibawa ke Unit Forensik (HUS) untuk tindakan lanjut. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!