Home SemasaGlobal Kehadiran tentera AS di Taiwan boleh cetus peperangan – Media China

Kehadiran tentera AS di Taiwan boleh cetus peperangan – Media China

by M.Daim

BEIJING, 30 Okt – Media China mengutuk kenyataan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen yang mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat (AS) di negara pulau itu sebagai satu tindakan melampau batas.

“Taiwan dan AS sudah tentu jelas bahawa China memandang serius berhubung dakwaan oleh Tsai,

“Kehadiran tentera AS di Taiwan merupakan salah satu punca yang boleh menyebabkan berlakunya peperangan di Selat Taiwan,” kata pihak Global Times.

Tsai dalam satu wawancara eksklusif bersama CNN pada Selasa lalu telah mengesahkan kehadiran tentera AS di Taiwan bagi tujuan latihan dan mempertingkatkan tahap kesiagaan pertahanan negara itu.

Pengesahan oleh pemimpin tinggi Taiwan itu merupakan kali pertama dilakukan semenjak AS meninggalkan negara pulau itu secara rasmi pada tahun 1979.

Pada tahun 1979, AS telah mengiktiraf secara rasmi kerajaan Republik Rakyat China. Pengiktirafan tersebut sekali gus membawa kepada penutupan kedutaan dan menamatkan kehadiran tentera AS di Taiwan.

“China akan bertindak balas dan menggunakan kekerasan untuk membebaskan Pulau Taiwan sekiranya kerajaan Democratic Progressive Party (DPP) menolak Konsensus 1992,

“Ini lebih-lebih lagi jika mereka mendapatkan sokongan dari AS untuk terus memisahkan Taiwan daripada China,

“Penggunaan kekerasan sudah tentuk termaktub dalam Undang-undang Anti-Pemisahan (Anti-Secession Law),

“Kekerasan boleh digunakan sekiranya penyatuan secara aman gagal dicapai,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!