Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Eksesais Perang Pangkor uji kemahiran, kesiagaan Armada

Eksesais Perang Pangkor uji kemahiran, kesiagaan Armada

by Nurulhuda

LUMUT, 30 Okt – Eksesais Perang Pangkor Siri 4/2021 yang diadakan di perairan Selat Melaka telah berjaya mencapai matlamat dalam menguji kemampuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menghadapi peperangan.

Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) dalam hantaran di media sosialnya berkata, latihan ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan bertujuan untuk menguji serta menilai tahap kesiagaan dan keupayaan armada serta warganya dalam melaksanakan tugasan teras di lapangan.

Menurutnya, latihan pada kali ini telah disertai oleh beberapa aset TLDM iaitu KD SRI INDERASAKTI, KD MAHAWANGSA dan KD JERAI serta disokong oleh sebuah pesawat SUPER LYNX termasuk FCB TLDM.

“Pelbagai siri latihan telah berjaya direalisasikan sepanjang latihan berlangsung meliputi aspek latihan navigasi, komunikasi, llmu kelautan dan peperangan,

“Sebagai nilai tambah, latihan mengawal kebanjiran dan melawan api (MKMA) juga turut dilaksanakan bagi menguji tahap ketersediaan warga kapal dalam menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka dalam situasi sebenar di lapangan,” kata hantaran itu.

Latihan berkala seperti ini secara langsung dapat meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan warga dalam situasi peperangan serta seterusnya mencapai objektif latihan yang telah ditetapkan.

“Latihan berkala secara berterusan akan terus dilaksanakan bagi memastikan armada TLDM sentiasa berada ditahap kesiagaan yang tertinggi serta mampu menangani sebarang ancaman yang mendatang pada sebilang masa,” tambahnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!