TAIPEI, 28 Okt – Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen mengesahkan kehadiran anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di negaranya.
Beliau menyatakan perkara tersebut semasa wawancara eksklusif bersama CNN.
Menurut Tsai, bilangan anggota tentera AS di negara pulau itu ramai seperti mana yang digembar-gemburkan sebelum ini.
“Kami mempunyai kerjasama yang luas dengan AS bagi meningkatkan tahap keupayaan pertahanan Taiwan,” kata Presiden Taiwan yang turut enggan mendedahkan jumlah sebenar anggota tentera AS di negaranya.
Pada masa yang sama, Tsai turut menyatakan beliau percaya AS serta negara demokratik serantau akan datang membantu Taiwan sekiranya mereka diserang oleh China.
“Taiwan bukan bersendirian kerana kami mengamalkan demokrasi dan berkongsi nilai yang sama,
“Kami turut mempunyai nilai strategik yang tersendiri di peringkat antarabangsa,” jelasnya.
Beliau menambah, Taiwan mampu untuk bertahan selagi mampu tetapi mereka turut memerlukan sokongan serta bantuan dari negara rakan. – airtimes.my