897
MOSKOW, 28 Okt – Kilang pengeluaran raifal AK-103 oleh Kalashnikov akan beroperasi di Venezuela pada tahun 2022.
Ketua Pengarah Rosoboronexport, Alexander Mikheyev menyatakan proses pembinaan kilang sedang giat dijalankan di negara Amerika Selatan itu.
“Kilang tersebut akan siap dibina dan beroperasi pada akhir tahun 2022,” katanya yang dipetik oleh agensi TASS.
Jelasnya, kilang tersebut mampu untuk ditambah baik selepas siap dibina.
“Modenisasi kilang ini hanya akan dilakukan sekiranya terdapat permintaan dari kerajaan Venezuela,” katanya. – airtimes.my