Home Pertahanan dan Keselamatan Hishammuddin, Prabowo bersemuka bincang kerjasama pertahanan Malaysia-Indonesia

Hishammuddin, Prabowo bersemuka bincang kerjasama pertahanan Malaysia-Indonesia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Prabowo Subianto telah mengadakan pertemuan di Kementerian Pertahanan Malaysia, hari ini.

Menurut Hishammuddin, pertemuan ini merupakan satu detik penting bagi Malaysia dan Indonesia kerana ianya kali pertama diadakan di antara kedua-dua pihak semenjak wabak COVID-19 melanda dunia.

“Mesyuarat dua hala telah diadakan yang menyentuh beberapa perkara penting terutamanya melibatkan perihal keselamatan dua hala dan serantau,” kata Menteri Kanan Pertahanan dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan di antara Malaysia-Indonesia. Ini termasuklah mengadakan latihan gabungan bersama dan meningkatkan kawalan sempadan Malaysia-Indonesia.

Hishammuddin turut menyatakan satu memorandum persefahaman (MoU) kerjasama pertahanan menyeluruh akan ditandatangani awal tahun hadapan.

Inisiatif Aturan Kerjasama Trilateral (Trilateral Cooperative Arrangement), AUKUS dan Pemukiman Menteri Pertahanan Asean turut disentuh dalam pertemuan bersama Hishammuddin dan Prabowo.

Prabowo tiba hari ini untuk mengadakan lawatan kerja sehari ke Malaysia. Terdahulu, beliau diiringi oleh Hishammuddin semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!