KOTA TINGGI, 28 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tunda Singapura berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, semalam.
Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pasukannya sedang melaksanakan rondaan Operasi Jangkar (Op Jangkar) Haram telah mengesan sebuah bot di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Tanjung Kelesa.
“Kapal tersebut berjaya ditahan dan mendapati seramai 13 kru warga Filipina dan Russia berumur di antara 31 tahun hingga 48 tahun berada dalam kapal serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,
“Hasil pemeriksaan terhadap dokumen kapal mendapati nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia,
“Nakhoda dan seorang kru kapal seterusnya dibawa ke pejabat Zon APMM Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. – airtimes.my