ANKARA, 27 Okt – Parlimen Turki telah meluluskan pelanjutan 2 tahun mandat operasi ketenteraan di Iraq dan Syria.
Keputusan dibuat setelah Parlimen Turki melakukan pengundian pada hari Selasa.
Menurut media Turki, mandat tersebut membenarkan pasukan tentera negara itu untuk melaksanakan operasi tempur di luar sempadan tanah air mereka,
“Mandat ini memungkinkan penghantaran kontinjen dan pembukaan pangkalan di kawasan yang menyokong Turki,” kata laporan itu.
Sehingga hari ini, Turki telah melancarkan 3 operasi ketenteraan di Syria yang membawa kepada kewujudan zon penampan antara kedua-dua negara itu.
Operasi ketenteraan rentas sempadan memerlukan kelulusan dan mandat dari parlimen.
Penyambungan mandat ini sekaligus membawa tempoh masa operasi ketenteraan Turki di Iraq dan Syria mencapai usia 10 tahun. – airtimes.my