Home SemasaGlobal Puak penentang di Afghanistan isytihar perang terhadap Taliban

Puak penentang di Afghanistan isytihar perang terhadap Taliban

by M.Daim

KABUL, 27 Okt – Kumpulan penentang di Afghanistan, National Resistance Front (NRF) mengisytiharkan perang gerila terhadap Taliban.

Dalam satu siaran video yang tular di media sosial, sekumpulan lelaki bersenjata berikrar untuk meneruskan penentangan mereka terhadap Taliban.

Mereka turut berikrar untuk terus taat setia di bawah pemerintahan Amir Sahib Ahmad Massoud.

“Khabar angin mengatakan tiada penentangan berlaku di wilayah Balkh adalah tidak benar. Kami menguasai 50 peratus keseluruhan wilayah ini,

“Kami hanya menunggu arahan dan kebenaran untuk meneruskan perjuangan. Ahmad Massoud adalah pemimpin kami,” kata seorang jurucakap dalam video tersebut.

Pada masa yang sama, mereka turut mengajak saki baki pejuang NRF untuk berkumpul di wilayah Balkh.

Pengisytiharan ini sekaligus menjadikan Balkh sebagai wilayah ke-6 yang melancarkan penentangan terhadap Taliban. Penentangan turut dilaporkan berlaku di Panjshir, Andarab, Kapisa, Parwan, dan Badakhshan.

Wilayah Balkh terletak terletak di utara Afghanistan. Ibu kota wilayah ini, Mazār-i-Sharīf, bandar ke-4 terbesar di Afghanistan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!