Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas 1,890 karton minuman keras di KKIP Timur

PGA rampas 1,890 karton minuman keras di KKIP Timur

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 27 Okt – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sejumlah minuman keras di dalam sebuah kontena sepanjang 12 meter dalam satu serbuan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Timur, semalam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, rampasan membabitkan 1,890 karton minuman keras yang ditinggalkan tanpa penjaga itu dilakukan menerusi Operasi Kontraban pada pukul 10 malam.

Beliau berkata, pasukannya bertindak atas maklumat orang awam.

Kemudian, Abdul Rani mengaturgerakkan anggota Tiger Platon Batalion 16 dan Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Briged Sabah untuk membuat serbuan di kawasan tersebut.

“Dalam serbuan tersebut mendapati sebuah kontena bersama lori treler dalam keadaan berkunci tanpa penjaga,

“Sebaik menjalankan pemerhatian selama tiga jam, pasukan operasi terus melakukan serbuan dan membuka kontena berkenaan untuk pemeriksaan lanjut,

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 1,890 karton minuman keras dipercayai tidak bercukai yang dianggarkan berjumlah RM475 ribu,” katanya.

Dalam pada itu, jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori treler dan kontena dianggarkan bernilai RM595 ribu berdasarkan harga pasaran semasa.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!