Home SemasaGlobal Kanada lantik wanita sebagai Menteri Pertahanan baharu

Kanada lantik wanita sebagai Menteri Pertahanan baharu

by M.Daim

OTTAWA, 27 Okt – Kerajaan Kanada telah melantik ahli politik wanita sebagai Menteri Pertahanan baharu negara itu.

Anita Anand, 54 tahun menggantikan Harjit Sajjan.

“Pelantikan Menteri Pertahanan baharu adalah sebahagian daripada rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri Justin Trudeau,” lapor media Kanada.

Menurut laporan tersebut, Harjit telah dilantik sebagai Menteri Agensi Pembangunan Antarabangsa.

Rombakan dilakukan sebulan selepas Parti Liberal pimpinan Justin memenangi pilihan raya yang diadakan September lalu.

Anita Anand atau nama sebenarnya Indira Anita Anand merupakan warganegara Kanada berketurunan India. Beliau lahir di Kentville, Nova Scotia pada tahun 1967.

Anita merupakan Ahli Parlimen Oakville sejak 21 Oktober 2019 dan mempunyai latar belakang kerjaya dalam bidang perundangan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!