Home SemasaGlobal Vietnam pecat pemerintah tinggi pasukan pengawal pantai

Vietnam pecat pemerintah tinggi pasukan pengawal pantai

by M.Daim

HANOI, 25 Okt – Beberapa pemimpin tinggi termasuk Komander Pasukan Pengawal Pantai Vietnam (Vietnam Coast Guard, VCG) telah dipecat pada Ahad lalu.

Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh telah memecat Leftenan Jeneral Nguyen Van Son dari jawatan Komander VCG atas dakwaan salah laku semasa tampuk pimpinan pasukan itu.

Menurut media Vietnam, 4 pemimpin tinggi VCG lain turut dikenakan tindakan pemecatan.

Antaranya, Mejar Jeneral Pham Kim Hau, Ketua Staf dan Timbalan Komander VCG; Mej Jen Tran Van Nam, Timbalan Komander (Undang-undang) VCG; dan Kolonel Nguyen Van Hung, Timbalan Komander VCG.

Selain daripada itu, Hanoi turut memecat Mej Jen Doan Bao Quyet dari jawatan Timbalan Komisar Politik dan Pengarah Politik VCG.

“Keputusan pemecatan dibuat selepas kerajaan Vietnam mendapati berlaku salah laku dan masalah disiplin oleh pihak berkenaan sepanjang tempoh 2015 hingga 2020,

“Kerajaan telah melantik Mej Jen Lê Quang Đạo sebagai komander baharu VCG. Jawatan Komisar Politik VCG kini dipegang oleh Mej Jen Bùi Quốc Oai,

“Mej Jen Lê Đình Cường telah dilantik sebagai Ketua Staf VCG,” kata laporan Vietnam.Net.

VCG ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai sebahagian daripada elemen Tentera Laut Rakyat Vietnam.

Pada tahun 2008, pasukan ini kemudiannya diuruskan oleh kementerian pertahanan sebelum diuruskan terus oleh kerajaan Vietnam pada tahun 2013. – airtimes.my

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!