KHARTOUM, 25 Okt – Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok telah dikenakan tahanan rumah oleh pasukan tentera negara itu.
Media Sudan turut melaporkan 4 menteri kabinet, gabenor kerajaan negeri dan ketua parti politik telah ditahan.
Agensi TV Al Hadath turut memetik kenyataan Menteri Industri, Ibrahim Al-Sheikh yang menyatakan rumah kediaman beliau telah diserbu oleh askar.
Turut dilaporkan pergerakan luar biasa pasukan tentera di ibu negara Sudan, Khartoum.
“Beberapa jalan dan jambatan telah ditutup. Terdapat gangguan perkhidmatan telefon dan internet di Khartoum,
“Anggota tentera dilihat mula berkumpul di kawasan jalanan,” kata laporan itu.
Media Sudan melaporkan kemungkinan rampasan kuasa oleh pasukan tentera sedang berlaku. – airtimes.my