Home Politik PRN Melaka: Pejuang tidak akan bertanding – Tun M

PRN Melaka: Pejuang tidak akan bertanding – Tun M

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ini menegaskan partinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam sidang media diadakan di Yayasan Al Bukhary.

“Pejuang tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini,” katanya.

Tegas Tun M, partinya mengambil sikap kecuali dalam PRN Melaka.

“Pejuang tidak akan bantu mana-mana pihak kerana kita kecuali sama sekali. Ahli-ahli parti tidak akan ke Melaka mahupun berucap dalam PRN,” tegasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!