Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas minyak masak tanpa pemilik  

Polis Marin rampas minyak masak tanpa pemilik  

by Air Times News Network

SEMPORNA, 25 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) telah merampas beberapa paket minyak masak yang ditutup menggunakan kanvas dipersisir pantai Pulau Maiga, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata, anggotanya berusaha mencari pemilik dan mendapati tiada yang datang mengaku sebagai pemilik.

“Minyak masak tersebut disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,700.00,

“Barang kawalan di serah kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!