BAITULMAQDDIS, 25 Okt – Israel telah mengisytiharkan 6 kumpulan aktivis dan hak asasi sebagai kumpulan pengganas.
Pengisytiharan berkuatkuasa Jumaat lalu.
Kementerian Pertahanan Israel dalam satu kenyataan berkata kesemua kumpulan tersebut mempunyai kaitan dengan Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP).
Antara kumpulan yang tersenarai adalah Al-Haq, Addameer, Defense for Children International-Palestine, Bisan Center for Research and Development, Union of Palestinian Women’s Committees serta Union of Agricultural Work Committees.
“Kesemua kumpulan ini dikawal oleh pemimpin tinggi PFLP dan ada diantara ahli mereka terlibat dalam aktiviti keganasan,
“Kumpulan ini juga menjadi sumber kewangan kepada PFLP dengan menerima sejumlah wang yang banyak dari negara Eropah serta badan antarabangsa,” katanya.
PFLP atau al-Jabhah al-Sha`biyyah li-Taḥrīr Filasṭīn merupakan organisasi sekular berhaluan Marxist–Leninistdan sosialis yang ditubuhkan pada tahun 1967. Kumpulan ini pernah bergabung dengan Palestine Liberation Organization (PLO) dan Fatah. – airtimes.my