Home SemasaGlobal Amerika Syarikat gesa Korea Utara henti ujian peluru berpandu

Amerika Syarikat gesa Korea Utara henti ujian peluru berpandu

by M.Daim

SEOUL, 25 Okt – Diplomat Amerika Syarikat (AS) gesa Korea Utara untuk kembali ke meja diplomasi dan menghentikan ujian peluru berpandu.

Wakil kerajaan AS ke Korea Utara, Sung Kim menyatakan Pyongyang perlu memberi fokus kepada dialog.

Beliau menyatakan perkara demikian selepas bermesyuarat dengan wakil kerajaan Korea Selatan.

Menurut laporan AP, mesyuarat tersebut membincangkan ujian peluru berpandu yang dilancarkan oleh Korea Utara.

“Kami menyeru pihak Korea Utara untuk berhenti melakukan sebarang provokasi serta aktiviti yang boleh mengganggu-gugat kestabilan serantau,

“Sebaliknya, Pyongyang harus memberi fokus kepada dialog kerana AS sentiasa bersedia untuk bertemu dengan wakil kerajaan mereka tanpa sebarang syarat,” katanya.

Pada Selasa minggu lalu, Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik dari kapal selam mereka.

Pihak Korea Selatan menyatakan peluru berpandu yang diuji merupakan yang baharu dan sedang berada di peringkat awal pembangunan.

Penembakan peluru berpandu balistik tersebut dilaporkan memberi kelebihan kepada Korea Utara untuk melancarkan serangan secara mengejut. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!