TAWAU, 24 Okt – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melakukan proses pengusiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sudah selesai menjalani hukuman undang-undang.
JIM melalui laman medial soialnya berkata, seramai 193 warga Indonesia yang sudah selesai menjalani hukuman undang-undang, dihantar pulang ke negara asal melalui jalan laut dengan menggunakan 2 buah feri dari Jeti Feri Penumpang (JFP) Tawau ke Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Indonesia.
Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, Heni Hamidah berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk membantu warganya pulang ke kampung mereka.
“Mereka yang dihantar pulang terdiri daripada 144 lelaki, 40 wanita dan sembilan kanak-kanak,
“Kesemua mereka adalah tahanan yang sudah selesai menjalani hukuman undang-undang serta lengkap dengan suntikan vaksin dan disahkan negatif setelah menjalani ujian saringan COVID-19.
Tambah JIM lagi, pihak KRI Tawau turut membuat Surat Perjalanan Laksana Paspot (SPLP) kepada kerajaan Malaysia bagi melancarkan penghantaran warganya. -airtimes.my