Home Pertahanan dan Keselamatan Dron bantu PGA kekang kemasukan PATI

Dron bantu PGA kekang kemasukan PATI

by Air Times News Network

PASIR MAS, 23 Okt – Pasukan Gerakan AM (PGA) berjaya mengagalkan cubaan seludup 4 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand di pangkalan haram Guchil, Jeram Perdah, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superitenden Nor Azizan Yusof berkata, penahanan tersebut dibuat hasil anggota pasukannya bersama tim pemantau Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara, Ibu Pejabat Bukit Aman yang telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang pemandu warga tempatan bertindak sebagai tekong telah membawa 4 orang PATI warga Thailand,

“3 diantaranya mempunyai pasport dan dokumen perjalanan yang tamat tempoh, manakala seorang lagi gagal mengemukkan sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tekong dan kesemua PATI ditahan, manakala kenderaan yang dinaiki dirampas serta dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

“PATI yang ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan,

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26J ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!