Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tim perubatan ATM beri dos kedua vaksin pada 1,100 penduduk Kampung Luasong Kalabakan

Tim perubatan ATM beri dos kedua vaksin pada 1,100 penduduk Kampung Luasong Kalabakan

by Nurulhuda

TAWAU, 20 Okt – Lebih 1,000 penduduk di pendalaman Sabah telah menerima suntikan dos kedua vaksin melalui program Perubatan Combat Medic Vaccination Team (CMVT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada Rabu.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) menerusi hantaran di media sosialnya berkata,
seramai 7 anggota CMVT ATM telah diaturgerak Kampung Luasong Kalabakan bagi memberikan suntikan kepada penduduk berkenaan.

“Pasukan CMVT daripada Markas Briged ke-13 Infantri Malaysia (13 Bgd) telah diaturgerak untuk memberi suntikan dos kedua kepada 1,100 orang penduduk,

“Atur gerak CMVT ini adalah kerjasama antara ATM menerusi 5 Div bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Kinabatangan,

“Pada 19 Ogos 2021, tim ini telah diatur gerak ke kawasan berkenaan bagi memberikan suntikan vaksin dos pertama kepada penduduk kampung,

Pihak 5 Div berkata, program ini juga dapat meningkatkan hubungan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan masyarakat setempat selain membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 di dalam negara. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!