WASHINGTON, 21 Okt – Pihak Berkuasa Sempadan dan Kastam Amerika Syarikat (CBP) hari ini mengeluarkan arahan untuk merampas mana-mana sarung tangan yang dikeluarkan oleh beberapa buah syarikat di Malaysia.
CBP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengeluarkan untuk menahan dan merampas mana-mana sarung tangan yang dikeluarkan oleh syarikat dan anak syarikat yang dimiliki oleh Supermax Corporation Bhd.
“Pegawai CBP di semua pintu masuk AS akan menahan sarung tangan yang dikeluarkan oleh Maxter Glove Manufacturing Sdn. Bhd., Maxwell Glove Manufacturing Bhd., dan Supermax Glove Manufacturing,
“Ini berdasarkan maklumat yang menunjukkan syarikat ini menggunakan tenaga kerja buruh paksa dalam menghasilkan produk mereka,” kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan yang sama, Eksekutif Pejabat Perdagangan CBP Asisten Komisioner AnnMarie R. Highsmith menegaskan pihak CBP mempunyai bukti yang menunjukkan penggunaan tenaga buruh paksa dalam operasi syarikat Supermax Corporation Bhd.
“Kami mempunyai bukti dan penanda aras yang menunjukkan syarikat Supermax Corporation Bhd dan anak syarikat terlibat dalam penggunaan buruh paksa yang sudah tentu melanggar undang-undang perdagangan AS,
“Selagi pihak pengeluar tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa mereka tidak menggunakan tenaga buruh paksa, barang keluaran mereka tidak akan dibenarkan masuk ke AS,” katanya. – airtimes.my