Home Pertahanan dan Keselamatan Sukhoi, Hawk antara 16 pesawat laksana flypast esok

Sukhoi, Hawk antara 16 pesawat laksana flypast esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Sebanyak 5 buah Sukhoi Su-30MKM dan 4 Hawk dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta 7 lagi pesawat pejuang negara-negara anggota Five Power Defence Arrangements (FPDA) akan melaksanakan acara terbang lintas (fly-past) dari Pangkalan Udara (PU) Subang, esok.

Acara terbang lintas itu dilaksanakan sebagai simbolik kepada sambutan 50 tahun FPDA dan 11th FPDA Defence Ministers Meeting yang akan berlangsung pada 21 Oktober 2021 di Kuala Lumpur.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 16 pesawat yang terdiri dari 5 buah Su-30MKM dan 4 buah Hawk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM); 2 buah F-15SG dan 2 buah F-16 C/D Republic Singapore Air Force (RSAF) serta 3 buah F/A-18F Royal Australian Air Force (RAAF) akan menjayakan terbang lintas berkenaan.

“Malaysia menjadi tuan rumah bagi acara sambutan 50 Tahun FPDA dan 11th FPDA Defence Ministers Meeting yang akan berlangsung pada 21 Oktober 2021 di Kuala Lumpur,

“Sebagai simbolik kemuncak acara sambutan berkenaan, satu acara terbang lintas (fly-past) melibatkan pesawat pejuang negara-negara anggota FPDA akan berlangsung di PU Subang,

“Orang ramai dijemput menyaksikan acara terbang lintas berkenaan secara livestream di laman facebook rasmi Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Kementerian Pertahanan Malaysia serta siaran secara langsung melalui saluran TV1 (RTM) bermula jam 5.40 petang (21 Oktober 2021),” jelas kenyataan itu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!