Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM, KKM komited jayakan PICK Remaja di Perak

ATM, KKM komited jayakan PICK Remaja di Perak

by Nurulhuda

PERAK, 18 Okt – Seramai 160 anak anggota tentera dan penjawat awam Kementerian Pertahanan yang berumur 12 hingga 17 tahun menerima suntikan vaksin dos kedua secara pandu lalu di Ipoh dan Taiping pada Sabtu lalu.

Markas Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Bgd) dalam hantaran di media sosialnya berkata, program ini dilaksanakan bagi memastikan rangkaian vaksin COVID-19 dapat dilaksanakan dengan baik sekaligus memberi keyakinan terhadap ibu bapa yang bakal menghantar anak-anak sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

“Selain keluarga tentera dan penjawat awam Kementerian Pertahanan, program ini turut melibatkan pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Sultan Yusof, Taiping,” jelasnya.

Terdahulu, perlaksanaan suntikan vaksin dos pertama di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja ini dilaksanakan di kedua-dua PPV yang sama pada 25 September 2021.

“Program ini juga bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menyumbang kepada pengukuhan kesihatan dalam kalangan keluarga tentera selain dapat mengelakkan jangkitan COVUD-19 berleluasa terutamanya di tempat pembelajaran,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!