Home Politik Sidang Kemuncak ASEAN 2021: Myanmar tidak diwakili pemimpin Junta – Setiausaha ASEAN

Sidang Kemuncak ASEAN 2021: Myanmar tidak diwakili pemimpin Junta – Setiausaha ASEAN

by Natasha Azereen

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Hanya wakil bukan kerajaan dijemput oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi mewakili negara Myanmar untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini.

Ia berikutan krisis rampasan kuasa oleh pemimpin Junta Myanmar pada Februari lalu.

Keputusan ini dibuat oleh Menteri-menteri Luar di dalam ASEAN dalam satu mesyuarat khas, Jumaat lalu.

Menteri Luar Singapura dalam satu kenyataan menegaskan ia suatu ketetapan yang sukar tetapi sangat penting dalam menjamin kredibiliti ASEAN.

Perkara ini turut disahkan Pengerusi ASEAN kali ini iaitu Brunei Darussalam.

Situasi ini akan dilihat melambatkan usaha ke arah proses keamanan di Myanmar, seperti yang dipersetujui pemimpin Junta Bersama ASEAN, pada April lalu.

“Disebabkan tiada perkembangan dan komitmen yang menyeluruh oleh pemimpin Junta Myanmar, khususnya dalam melaksanakan dialog bersama pihak yang terlibat, maka ASEAN berpendapat Myanmar telah diberikan ruang menyelesaikan masalah dalaman negara dan kembali normal,” jelas Pegawai Brunei.

Brunei juga menambah, beberapa individu dari pihak pembangkang di Myanmar, telah dijemput menyertai sidang tersebut.

ASEAN dikritik hebat oleh pihak antarabangsa akibat enggan bersikap tegas berhubung isu Myanmar.

Pendirian ASEAN yang menghalang kehadiran pemimpin junta Myanmar kali ini, mendapat kecaman daripada Jabatan Negara Amerika Syarikah (AS) yang berpendapat, “amatlah tidak wajar sama sekali,”.

Menteri Luar Kedua Brunei, Erywan Yusof yang mewakili ASEAN, dijangkakan bertemu kesemua pihak yang terlibat di Myanmar termasuklah pemimpin aktivis, Aung San Suu Kyi yang kini dikenakan tahanan oleh pihak junta.

Walaubagaimanapun, pihak junta tidak akan membenarkan beliau melakukan pertemuan dengan Suu Kyi disebabkan aktivis tersebut masih dalam perbicaraan kes jenayah, jelas wakil pihak junta– airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!