Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tembakan Meriam 105mm LG1 MK III, simbolik pengoperasian 1 RAD Para

Tembakan Meriam 105mm LG1 MK III, simbolik pengoperasian 1 RAD Para

by Air Times News Network

GEMAS, 15 Okt – Latihan tembakan inaugurasi Meriam 105mm LG1 MK III yang berlangsung semalam menandakan pengisytiharan status pengoperasian Rejimen Pertama Artileri Diraja Para (1 RAD Para).

Latihan tembakan tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain di tapak G20 Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, semalam.

Tentera Darat Malaysia (TDM) berkata, 1 RAD Para telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1957 di Kem Kajang, Selangor.

“1 RAD Para telah melalui pelbagai evolusi dan penstrukturan pasukan. Ini termasuklah perubahan kepada kelengkapan persenjataan yang dimiliki pasukan tersebut,

“Semenjak penubuhannya, pasukan ini telah dilengkapkan dengan 3 varian sistem persenjataan iaitu Meriam 25 Pounder, Meriam 105 mm Pack Howitzer dan yang terkini, Meriam 105 mm LG1 MK III yang dibekalkan pada bulan Oktober 2020,” katanya.

Menurut TDM, latihan tembakan ini dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 1 RAD Para, Leftenan Kolonel Zakaria Saip Lani.

“Zamrose kemudiannya turut diberikan penerangan berkenaan peranan dan tanggungjawab anggota di pos perintah yang disampaikan oleh Pegawai Pos Perintah Bateri Alpha,

“Beliau turut diberikan kesempatan untuk bersama-sama anggota 1 RAD Para, melaksanakan latihan tembakan Meriam 105 mm LG1 MK III,” ujarnya. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!