Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot, tongkang bersauh tanpa kebenaran

APMM tahan bot, tongkang bersauh tanpa kebenaran

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 11 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan bot tunda dan barge (tongkang) disyaki melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran serta menggajikan kru asing tanpa permit yang sah, kelmarin.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot tunda dan barge yang dipasang bendera Malaysia itu ditahan oleh Kapal Maritim (KM) SIKUATI pada jarak 0.5 batu nautika timur Pulau Kendi ketika sedang melaksanakan OP PERTIWI kira-kira jam 9.00 pagi.

“Bot tunda yang dikendalikan 5 kru termasuk nakhoda, terdiri daripada 4 warga tempatan dan seorang warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta permit kerja,

“Kesemua mereka berumur antara 22 hingga 34 tahun itu, telah gagal mengemukakan dokumen kebenaran berlabuh dari Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Manakala barge bermuatan jentera dan bahan binaan yang ditahanh itu dikendalikan 3 warga Myanmar berusia antara 29 hinggga 50 tahun kerana disyaki tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.

“Nakhoda bersama 2 kru bot tunda serta 3 kru barge telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Pulau Pinang untuk siasatan lanjut,

“Kes akan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM 10 ribu atau penjara tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply