Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas rokok tidak bercukai di Lahad Datu

Polis Marin rampas rokok tidak bercukai di Lahad Datu

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 9 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan rokok tidak bercukai di kawasan hutan bakau Kampung Puyut Lahad Datu, semalam

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Supt Gan Ping Sin berkata, pasukannya telah menemui sebuah canvas yang dipercayai tempat penyimpanan barang salah.

“Setelah beberapa minit intipan dilakukan, tiada penampakan individu di kawasan berkenaan,

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai rokok tidak bercukai yang ditutup menggunakan canvas,

“Nilai rampasan di anggarkan berjumlah RM160 ribu,” katanya

Dalam pada itu, rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!