Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat aturgerak aset, anggota bantu mangsa banjir di Beaufort

Tentera Darat aturgerak aset, anggota bantu mangsa banjir di Beaufort

by Air Times News Network

BEAUFORT, 7 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui pasukan di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) telah mengaturgerakkan aset dan anggotanya untuk bersama kerajaan negeri dalam membantu mangsa banjir di Beaufort.

Markas Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, seorang pegawai dan 6 anggota telah diaturgerakkan ke kawasan tersebut untuk memberikan bantuan dengan menggunakan sebuah kenderaan 3 ton.

“Anggota dari 5 Kor Perkhidmatan Diraja (5 KPD) telah membantu proses pemindahan mangsa dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan DSP Mohd Dun Banir ke kediaman masing-masing bermula 3 hingga 6 Oktober lalu,

“Proses pemindahan ini turut melibatkan agensi awam lain seperti Pasukan Penyelamat APM, “ jelasnya.

Dalam masa yang sama, 5 Bgd turut menjelaskan, bantuan yang dihulurkan ini sekaligus dapat memperkukuhkan hubungan tentera dengan masyarakat setempat serta agensi awam yang terlibat. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!