Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara COVID-19: TUDM komited laksana penghantaran peralatan, perubatan ke Sabah

COVID-19: TUDM komited laksana penghantaran peralatan, perubatan ke Sabah

by Nurulhuda

SUBANG, 7 Okt – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meneruskan misi penghantaran peralatan perubatan ke Sabah menerusi penerbangan ‘logistic communication’ dalam usaha membantu memerangi COVID-19 di negeri tersebut.

TUDM menerusi hantaran di media sosisalnya berkata, pesawat A400M dari No. 22 Skuadron, telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang dan tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.45 pagi, pada Selasa.

“Peralatan perubatan yang dibawa adalah 112 silinder oxygen 40L 6.8m3 dan lain-lain peralatan perubatan serta bekalan ubat seperti ‘syrup paracetamol’, ‘syrup bromhexine’ dan ‘tablet etoricoxib’,

“Bekalan ubatan ini merupakan sumbangan daripada Special Task Force Kesihatan Awam iaitu Greater Klang Valley Special Task Force (GKVSTF) dan syarikat-syarikat korporat,

“Kesemua barangan ini diserahkan kepada JKN Sabah bagi kegunaan fasiliti perubatan di seluruh Sabah,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, TUDM menjelaskan, pihaknya sentiasa komited dan bersiapsiaga untuk berkerjasama dengan semua agensi bagi menangani penularan wabak COVID-19 di dalam negara.-airtims.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!