Home SemasaGlobal Tentera Korea Selatan nilai semula tahap keselamatan, ancaman serantau

Tentera Korea Selatan nilai semula tahap keselamatan, ancaman serantau

by M.Daim

SEOUL, 6 Okt – Pihak pemerintah tinggi Tentera Korea Selatan telah melakukan penilaian semula tahap keselamatan dan ancaman di negara itu.

Penilaian dilakukan berikutan ketegangan Amerika Syarikat-China yang kian memuncak.

Selain daripada itu, siri ujian peluru berpandu yang dilaksanakan oleh Korea Utara turut menjadi faktor untuk Seoul melakukan penilaian semula tahap keselamatan dan ancaman di rantau Semenanjung Korea.

Ini terutamanya selepas Pyongyang mengesahkan mereka telah menguji peluru berpandu hipersonik.

“Pihak tentera sedang merangka strategi cegah rintang dan tindak balas strategik berdasarkan keadaan serta ancaman semasa di Semenanjung Korea,” lapor media Korea Selatan yang memetik laporan audit parlimen.

Menurut laporan audit itu, Korea Selatan berdepan dengan risiko provokasi oleh Korea Utara. Pada masa yang sama, ia tidak menolak kemungkinan Pyongyang untuk kembali ke meja dialog dengan Seoul.

Selain daripada itu, pihak tentera Korea Selatan turut bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan Washington bagi mengimbangi kekuatan ketenteraan Korea Utara. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!