Home Pertahanan dan Keselamatan Kes tembak Kem TUDM Kota Samarahan masih dalam siasatan polis – Timbalan Menteri

Kes tembak Kem TUDM Kota Samarahan masih dalam siasatan polis – Timbalan Menteri

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=vQkBzsS8xLs[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 6 Okt –  Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz hari ini menjelaskan kes tembak di balai pengawal Kem Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kota Samarahan masih dalam siasatan polis.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

“Insiden masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenalpasti sekiranya wujud elemen jenayah dan dan mengesahkan punca kejadian,” kata Ikmal semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang.

Timbalan Menteri Pertahanan turut menambah, pihak TUDM turut melakukan siasatan terperinci berhubung insiden yang berlaku pada 13 Ogos lalu.

“Siasatan oleh pihak TUDM turut dibuat berkaitan aspek pentadbiran, prosedur, kebajikan dan sebagainya,” jelas beliau. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!