Home Pertahanan dan Keselamatan Kementerian Pertahanan Malaysia ada mekanisme jaga kesihatan mental anggota tentera

Kementerian Pertahanan Malaysia ada mekanisme jaga kesihatan mental anggota tentera

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=gf3x8KWBWz0[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz hari ini menegaskan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai mekanisme tersendiri bagi memastikan tahap kesihatan mental di kalangan anggota dan pegawai tentera sentiasa berada dalam keadaan baik.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, antara mekanisma yang digunakan adalah memberikan khidmat psikologi dan kaunseling kepada anggota serta ahli keluarga.

“Perkhidmatan yang diberikan adalah selari keperluan ATM dan MINDEF untuk memantau, mencegah, memberi nasihat dan kaunseling ke atas segala isu yang membabitkan tekanan kesihatan mental di tempat kerja,

“Isu yang melibatkan keluarga, kewangan dan beberapa perkara lain secara tidak langsung akan menjejaskan kesiapsiagaan pasukan,” katanya.

Menyentuh insiden di Balai Pengawal Kem Skuadron 330, Kota Samarahan pada 13 Ogos lalu, Ikmal menjelaskan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar tim kaunseling sebaik sahaja berlaku.

“Tindakan TUDM hantar tim kaunseling dan psikologi sejurus insiden berlaku sangat membantu untuk menenangkan keadaan, anggota serta keluarga yang terlibat,

“Sehingga kini, pemantauan secara berkala dengan menjalankan sesi bimbingan dan nasihat telah dilaksanakan oleh pegawai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di Kuching,” jelasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!