Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Pembinaan MAWILLA 4, perkukuh keselamatan Malaysia Timur

Pembinaan MAWILLA 4, perkukuh keselamatan Malaysia Timur

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=J1FClmnTEUI[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan membangunkan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) di Sarawak bagi memperkukuhkan keselamatan dan pengoperasian di Malaysia Timur.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata,  TLDM dan Kerajaan Persekutuan serta negeri kini  sedang mengenalpasti tapak yang bersesuaian untuk cadangan pembinaan MAWILLA 4 di Bintulu, Sarawak.

Menurutnya, pembinaan markas TLDM ini adalah berdasarkan lokasi yang stategik dari segi kedudukan pemusatan operasi maritim di Laut China Selatan.

“Ianya telah lama dihasratkan bagi meningkatkan lagi keupayaan dan sokongan operasi TLDM,

“TLDM dan Kerajaan Persekutuan dan negeri kini sedang mengenalpasti tapak yang bersesuaian untuk cadangan pembinaan MAWILLA 4 ini di Bintulu,” katanya ketika sesi perggulungan Kementerian Pertahanan ke atas RMKe-12, hari ini.

Hishammuddin turut menjelaskan, TDM turut mempertanggungjawabkan sebuah Divisyen Infantri yang dilengkapi dengan keupayaan tempur bagi  menangani sebarang bentuk ancaman di negeri berkenaan.

“TDM telah mengambil kira semua sudut potensi ancaman keselamatan di keseluruhan negeri Sabah dan sebuah Divisyen Infantri yang dilengkapi dengan keupayaan tempur oleh 3 buah Briged Infantri bagi menangani sebarang bentuk ancaman melalui strategi yang digariskan,

“Ini termasuklah Divisyen Pertama Infantri Malasyaia (1 Div) di Sarawak, Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Sabah dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia yang berpengkalan di Felda Sahabat, Lahat Datu,

“InsyaAllah pihak ATM dan Kementerian Pertahanan akan sentiasa memberikan perhatian dan pengkhususan penuh kepada ancaman keselamatan di pantai timur sabah” tambahnya.

Selain itu, beliau turut menjelaskan pembinaan Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) di Kem Paradise, Kota Kinabalu sentiasa dalam keadaaan siap siaga untuk diaturgerakan sekiranya menerima ancaman.

“Markas 5 Briged yang bertindak sebagai elemen kedalam, sentiasa bersiap sedia membantu ‘forward element’ di sempadan negara sekiranya diperlukan bagi mempertahankan negeri Sabah daripada sebarang ancaman,
“Pengawasan keselamatan di dalam Sabah dan khususnya Pantai Timur Sabah, diperkukuhkan dengan pemantauan oleh Markas Angkatan Tugas Bersama (MK AB 2) di Kem Kukusan, Tawau secara bersama oleh ketiga-tiga perkhidmatan,” jelasnya ketika menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis di Dewan Rakyat, hari ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!