Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM bina Hospital Medan Sibu bantu tangani pesakit bukan COVID-19

ATM bina Hospital Medan Sibu bantu tangani pesakit bukan COVID-19

by Nurulhuda

SIBU, 3 Okt – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meneruskan khidmat tugas sekundernya dalam menyediakan Hospital Medan bagi membantu pihak Hospital Sibu dalam menguruskan pesakit bukan kes COVID-19.

Hospital Medan ATM di Sibu ini juga bagi meringgankan tugas staf perubataan di hospital berkenaaan.

Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, Hospital Medan Sibu ini dijangka siap pada 15 Oktober ini dan aturgerak awal di Holding Bay Area dijangka beroperasi pada 7 Oktober 21.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan dan persiapan penubuhan hospital medan ini telah diketuai oleh Timbalan Komander Rejimen 510 Askar Wataniah (AW) iaitu Leftenan Kolonel Ahmad Halim Mohd Rosli selaku Ketua Tim Persiapan Hospital Medan Sibu.

“Aturgerak oleh anggota tetap dan sukarela dari Rejimen 510 Askar Wataniah (AW) serta staf 1 Batalion Ubat telah bermula sejak 1 Okt 21 lalu,” jelasnya.

Ahmad Halim menjelaskan, pembinaan hospital ini mempunyai 4 fasa iaitu fasa pertama dengan membina Holding Bay Area di parkir Zon 5 serta kerja-kerja pemasangan 5 buah khemah jenis TM36 dan Holding Bay yang akan diselia sepenuhnya oleh kakitangan Hospital Sibu.

“Fasa kedua pula menyusun atur kedudukan khemah dan penempatan 100 buah katil yang dikoordinasikan oleh pihak Hospital Sibu,

“Seterusnya fasa ketiga ialah pembukaan Hospital Medan Sibu yang dijangka akan beroperasi secara rasmi pada 15 Okt 21 dan akan diaturgerak sepenuhnya oleh staf perubatan dari 1 Batalion Ubat ( 1 Ubat),” ujarnya.

Manakala, bagi fasa keempat pula ialah penarikan Hospital Medan Sibu yang akan dilaksanakan setelah kes semakin berkurangan dan sehingga Hospital Sibu mampu untuk mengendalikan pesakit seperti sediakala.

Selain itu, Ahmad Halim berkata, persiapan tersebut juga telah dilaksanakan secara norma baharu dengan penglibatan pegawai dan anggota yang minimum dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Tambahnya, komitmen ATM serta kerjasama dengan pelbagai agensi lain akan diteruskan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi seterusnya membantu negara mengekang penularan wabak COVID-19 ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!