Home Semasa Agensi Kawalan Sempadan Malaysia diserahkan kepada PDRM secara rasmi

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia diserahkan kepada PDRM secara rasmi

by M.Daim

BUKIT KAYU HITAM, 30 Sept –  Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) hari ini secara rasmi digabungkan bersama Polis Diraja Malaysia.

“Sukacita saya umumkan pada hari ini, proses penstrukturan semula AKSEM untuk digabungkan bersama PDRM telah selesai sepenuhnya dan berjalan lancar,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di akaun media sosial rasminya.

Terdahulu, beliau hadir menyaksikan Penyerahan Watikah AKSEM kepada PDRM.

Beliau yang diiringi oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani turut menyaksikan upacara pemakaian beret AKSEM kepada beret PDRM sebagai tanda penyerahan agensi tersebut kepada PDRM.

Menurut Hamzah, AKSEM telah memainkan peranan penting dalam menangani kegiatan jenayah di sempadan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Sepanjang penubuhan AKSEM, mereka telah berjaya menumpaskan kegiatan jenayah seperti penyeludupan rokok, dadah, ketum, kenderaan klon, haiwan dan juga mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti pemerdagangan manusia,

“Kejayaan ini berjaya dicapai oleh mereka walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran,” ujar beliau. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!