Home SemasaGlobal Perolehan S-400: Senator AS beri amaran ancam sekatan ekonomi terhadap Turki

Perolehan S-400: Senator AS beri amaran ancam sekatan ekonomi terhadap Turki

by Air Times News Network

WASHINGTON, 29 Sept – Amerika Syarikat (AS) beri amaran kepada Turki bahawa mereka akan berhadapan dengan pelbagai sekatan oleh Washington berikutan perolehan tambahan sistem pertahanan udara S-400 oleh Ankara.

Ketua Jawatankuasa Hubungan Luar Senat AS, Senator Bob Menendez menegaskan Turki akan berhadapan dengan sekatan baharu sekiranya Ankara berkeras untuk melakukan perolehan kedua S-400.

“Kami telah menerangkan dengan jelas berhubung undang-undang CAATSA serta sekatan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang melakukan urusan jual beli dengan sektor ketenteraan atau perisikan Rusia,

“Sebarang pembelian baru oleh Turki akan menyebabkan sekatan baharu,” kata Menendez melalui di akaun media sosial rasminya.

Terdahulu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengesahkan rancangan pihaknya untuk meneruskan perolehan tambahan S-400 dari Rusia walaupun diberi amaran oleh Washington.

Tegasnya, tiada pihak luar yang boleh campur tangan dalam isu perolehan baharu tersebut adalah keputusan Turki sendiri.

CAATSA atau Countering America’s Adversaries Through Sanctions Act (Akta Menentang Musuh Amerika Melalui Sekatan) merupakan undang-undang yang digubal oleh pihak Kongres Amerika Syarikat pada tahun 2017.

Ia bertujuan untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap Iran, Rusia dan Korea Utara dengan menghalang sebarang transaksi perniagaan oleh syarikat di AS dengan mana-mana entiti berkaitan negara terbabit. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!