Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Op Benteng: TLDM patahkan cubaan seludup PATI di perairan Johor Selatan

Op Benteng: TLDM patahkan cubaan seludup PATI di perairan Johor Selatan

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 29 Sept – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Johor Selatan, awal pagi tadi.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan berkata, pada jam 2.41 pagi, Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) telah mengesan sebuah bot dalam keadaan curiga berkelajuan tinggi bergerak di Selatan perairan Tanjung Penyusup.

“Area Control Centre (ACC) Johor seterusnya telah menyalurkan maklumat pencerobohan kepada KD GANYANG yang berada di lapangan untuk tindak lanjut,

“KD GANYANG seterusnya telah mengkoordinasikan aset bagi melaksanakan penjejakan dan pemintasan,” katanya.

Menurutnya, menyedari kehadiran FCB 1123 TLDM, bot tersebut telah memecut laju dan berpatah balik keluar dari perairan negara.

“Semasa melarikan diri, beberapa buah bungkusan dan beg telah dibuang ke dalam laut,

“FCB telah menyita bungkusan serta beg tersebut untuk tujuan pemerikasaan,” ujarnya.

Katanya, hasil siasatan mengesahkan bungkusan dan beg mengandungi pakaian dan dokumen peribadi milik PATI.

“Kesemua barangan yang diperiksa seterusnya telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang bagi tindak seterusnya,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply