Home Pertahanan dan Keselamatan Agong perkenan lanjut khidmat Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara

Agong perkenan lanjut khidmat Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Khidmat Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara telah disambung secara kontrak secara 2 tahun berkuatkuasa 4 Oktober ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyatakan keputusan tersebut telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat YAB Perdana Menteri telah berkenan untuk melanjutkan khidmat Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selama 2 tahun berkuatkuasa mulai 4 Oktober 2021 sehingga 3 Oktober 2023,

“Saya percaya keputusan ini bakal menjadi pemangkin kepada usaha berterusan untuk memantapkan serta memperkasakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata Hamzah di akaun media sosial rasminya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!