Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 101 kapal, kutip RM2.5 juta kompaun sejak awal Januari

APMM tahan 101 kapal, kutip RM2.5 juta kompaun sejak awal Januari

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 27 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menahan sebanyak 101 buah kapal atas pelbagai kesalahan dan berjaya mengutip kompaun sebanyak RM2.5 juta sejak awal tahun sehingga kini.

Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, daripada jumlah itu, RM1.3 juta telah berjaya dikutip menerusi Operasi Jangkar Haram yang melibatkan penahanan 83 kapal asing yang berlabuh tanpa kebenaran terutama di kawasan Tompok Utara.

Beliau berkata, kes terbaharu yang dilaporkan pada 24 September lalu membabitkan penahanan 2 buah kapal tangki yang sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram di kawasan perairan Johor Timur.

“Salah sebuah kapal tangki terbabit baru sahaja selesai kes perbicaraan bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran,

“Kapal tangki yang berdaftar di Mongolia itu dikendalikan 8 kru warga Indonesia berusia 23 hingga 66 tahun ditahan 31 Ogos lalu kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia dan didenda sebanyak RM50,000 pada 22 September lalu,

“Sebuah kapal tangki dari Panama yang dikendalikan 25 kru terdiri daripada Indonesia, Ukraine, Georgia dan Rusia turut ditahan,” katanya pada Ahad.

Menurutnya, kedua-dua kapal tangki itu telah ditahan oleh aset APMM Johor pada hari yang sama kira-kira 1.30 tengah hari di kedudukan 22 batu nautika timur laut Tanjung Siang, Kota Tinggi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!