Home Pertahanan dan Keselamatan 3,500 unit rumah SASaR, 900 diperuntukan kepada veteran ATM

3,500 unit rumah SASaR, 900 diperuntukan kepada veteran ATM

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=4ujZF_-fEN0[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kementerian Pertahanan telah mensasarkan pembinaan 3,500 unit rumah untuk warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah program Satu Rumah Satu Anggota (SASaR) yang dijangka siap pada tahun 2024.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, daripada jumlah unit rumah yang dibina di Sungai Besi ini, 900 unit (30 peratus unit rumah) telah diperuntukkan untuk veteran ATM.

Beliau berkata, sehingga kini, jumlah permohonan yang telah diterima daripada veteran ATM adalah sebanyak 511 permohonan dan tiada sebarang permohonan yang ditolak.

“Program SASaR adalah agenda kebajikan Kementerian Pertahanan untuk mempastikan anggota tentera mendapat rumah dengan kadar harga di bawah pasaran,

“Di mana apabila dibina rumah-rumah tersebut, sebahagian rumah akan di khaskan kepada anggota veteran ATM,

“Sukacita saya memaklumkan bahawa Program SASaR di Sungai Besi sudah pun bermula pada 1 Jun 2021 dan dijangka siap pada tahun 2024 dengan anggaran nilai harga rumah antara RM150 ribu hingga RM250 ribu,” katanya bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr. Hasan Baharom di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam masa yang sama, Ikmal Hisham turut menjelaskan, terdapat 2 lagi projek SASaR yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa yang terdekat iaitu di Kem Genting Klang dan Kem Wardieburn yang melibatkan pembinaan sebanyak 7,374 unit rumah.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan sebanyak 1,106 unit rumah (iaitu 15% unit rumah) diperuntukkan kepada veteran ATM.

“Adalah dianggarkan nilai harga rumah ini di antara RM150 ribu hingga RM400 ribu. Nilai harga rumah yang ditawarkan tersebut adalah jauh dari harga pasaran. Ia seperti mendapat harga durian runtuh,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!